Saturday, 29 November 2008

terbunuh dalam hukuman

kadangkala durja menjemputku
menjenguk seandainya
aku masih bernafas
jika senyuman
masih telekat di ratapan

di zahir
terpampang sang harimau di rimba
di batin
hanya si kerdil ingin bersembunyi
sejarah pertama terlalu sukar dipadamkan

seandainya aku tahu
perpisahan itu membunuh
tidak mungkin
tidak mungkin
aku berani untuk mencuba

betul
aku akur satu hakikat
pengalaman itu mendewasakan
tapi ianya juga
membunuh
setiap bibit harapan
yang pernah ada
kepada mereka yang
tidak pernah merasakan
kebahagian

mereka tertanya
semua bertanya
aku menanya
kenapa sukar meneruskan?

kerna hati ini ikhlas
dalam penemuan
kerana jiwa ini safar
dalam menyayangi
kerana nurani ini sudi
menerima seadanya

beribu kali
aku bisukan diri
pincangkan nadi
tindaskan naluri
agar menjadi
insan tidak berperi

walau jari ingin
menghubungi
walau telinga ingin
mendengar
walau hati ingin
mendekati

tiba-tiba aku diingatkan
akan hempedu hidup
pesanan pusaka lama
pemergian usah dirintihkan
patah tumbuh hilang berganti

aku terus bertanya
sehingga bila?
dapat aku ketahui

kesilapan yang tertera dalam diri
kecacatan yang ada dalam peribadi

hidup terus berlalu
aku kuatkan diri
elakkan kedaifan
melawan onak
turut patuh
kepada perintahMU
berdepan dengan
hukumanMU

No comments: