belang di harimau tak mungkin berubah
namun hati manusia, siapa yang tahu?
manusia tak akan dapat lari dari kesilapan
kerna kita daif
kerna kita tak mampu menilai
apatah lagi menghukum sesama
anehnya ada di antara kita mempunyai anggapan sebaliknya
bahawa kita lebih tinggi darjat
bahawa kita lebih dalam ilmu
bahawa kita lebih tahu segalanya
kita lupa yang kita terlalu kerdil
untuk menghukum sesama kita
walau bagaimana besar kesilapan yang lain
kita tiada berhak
kuasa bukan dalam genggaman kita
ianya hanya pada DIA
DIA sahajalah yang menentukan
turun bangunnya kita
hidup matinya kita
pintu kemaafan DIA yang punya
kita hanya mampu meminta
DIA yang menentukan
aku doakan kalian bersatu
sedangkan lidah lagi tergigit
2 comments:
Sedangkan lidah lagi tergigit?
Allah tidak menghalalkan apa yang haram dan mengikut hukm ISLAM kepada dosa BESAR ialah... Hukum rejam sampai mati itu dikenakan bagi memberikan satu penegasan terhadap tanggungjawab terhadap keluarga, suami-isteri, ahli masyarakat dan sebagai hamba Allah. Kita telah diikat dengan ikatan yang halal, kenapa masih nak cari yang haram. Kalau yang halal tidak memuaskan 'nafsu' Allah benarkan hambanya bercerai dan cari ganti yang sesuai secara halal.
Bukan maksud hamba untuk membuat andaian
Mungkin atas keinginan untuk yang terbaik buat kalian beruda
Walaupun bukan di dunia, biarlah di akhirat kelak
Hamba mohon berundur
Post a Comment