lelah aku dengar rintihan
kerna aku sendiri sumbang menggapai
ketandusan kau
bukan lagi cerita novel
hanya setakat sandiwara belaka
terus terang
apa yang kau mahukan?
tak cukup pemberianNya?
aku pelik
kenapa aku menjadi dinding bandingan
dalam sedar atau tidak sedar
aku seolah terperangkap
dalam jerat saingan kau?
sudahlah
yang nyata sudah ternyata
kau lebih jaguh dari aku
dalam apa-apa segipun
PUAS!!!
aku sumpah
sikit pun tak menyimpan hasad
tapi tolonglah
lepaskan aku dari jerat kau
hidup aku penuh remuk
purbawara kau membuat aku lebih punah
memaksa aku berdepan dengan kebenaran hidup
MENGAPA YANG JAGUH TERUS DIJAGUHI?
MENGAPA YANG TANDUS TIDAK DIBERIKAN PELUANG?
No comments:
Post a Comment