Sunday, 1 May 2011

percaya

hampir 2.5 tahun berlalu

dan hanya Kau sahaja yang bisa menggerakkanKU

InsyaAllah

Sunday, 20 February 2011

in You...

in You i found solace,
in You i found strength
in You i found redemption

Sunday, 13 February 2011

Melengkapi

bila aku ditanya
"lengkapkah diriku?"
aku hanya tersenyum

pencarianku berterusan
dan jika kita ditemukan
kau akan kujadikan hak aku

aku sudah bersedia
memulakan yang baru
biarlah sejarah silam
lenyap bagaikan mimpi semalam

Friday, 4 February 2011

Mata duitan

pelik tapi benar
kerana duit manusia boleh jadi musuh
kerana duit juga yang jernih boleh menjadi keruh

na'uzubillah
jauhkan musibah ini dari diriku

Thursday, 3 February 2011

mohon menyanggah

membisu aku dalam seribu kata
tak berdaya aku pertahankan
pemohonanku tak Kau terima

mungkin belum tiba masanya
namun berapa lama lagi perlu aku teruskan
pencarian yang hakiki
mereka tak mengerti
mentelah hanya bijak membicarakan
sedangkan aku hanya mampu menerima
peluru kekata yang berbisa

bukannya aku daif
bukannya aku tak kental membidas mereka
tapi aku seperti hilang kekuatan
untuk menidakkan sangkaan mereka

cerminan sekelilingku semakin rapuh
namun aku sedar yang aku harus bertahan
seandainya aku sendiri longlai
maka berakhirlah epilog cinta
timbul pula titik nokta
perjuangan seorang insan

AKU BELUM BERSEDIA BERUNDUR!

Sunday, 16 January 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit

belang di harimau tak mungkin berubah
namun hati manusia, siapa yang tahu?

manusia tak akan dapat lari dari kesilapan
kerna kita daif
kerna kita tak mampu menilai
apatah lagi menghukum sesama

anehnya ada di antara kita mempunyai anggapan sebaliknya
bahawa kita lebih tinggi darjat
bahawa kita lebih dalam ilmu
bahawa kita lebih tahu segalanya

kita lupa yang kita terlalu kerdil
untuk menghukum sesama kita
walau bagaimana besar kesilapan yang lain
kita tiada berhak

kuasa bukan dalam genggaman kita
ianya hanya pada DIA
DIA sahajalah yang menentukan
turun bangunnya kita
hidup matinya kita

pintu kemaafan DIA yang punya
kita hanya mampu meminta
DIA yang menentukan

aku doakan kalian bersatu
sedangkan lidah lagi tergigit

Sunday, 28 November 2010

moving down

yep I'm finally moving down

not exactly what I wanted to do, but i guess it's for the better

gonna miss all my friends up there

take care and don't miss my nonsense

Friday, 12 November 2010

adakah ini kesudahan cerita hidup?

lelah aku dengar rintihan
kerna aku sendiri sumbang menggapai
ketandusan kau

bukan lagi cerita novel
hanya setakat sandiwara belaka

terus terang

apa yang kau mahukan?
tak cukup pemberianNya?

aku pelik

kenapa aku menjadi dinding bandingan
dalam sedar atau tidak sedar

aku seolah terperangkap
dalam jerat saingan kau?

sudahlah

yang nyata sudah ternyata
kau lebih jaguh dari aku

dalam apa-apa segipun

PUAS!!!

aku sumpah
sikit pun tak menyimpan hasad
tapi tolonglah
lepaskan aku dari jerat kau

hidup aku penuh remuk
purbawara kau membuat aku lebih punah
memaksa aku berdepan dengan kebenaran hidup

MENGAPA YANG JAGUH TERUS DIJAGUHI?
MENGAPA YANG TANDUS TIDAK DIBERIKAN PELUANG?

Thursday, 4 November 2010

needing you

i wish i could tell you

how farking in need i am of you..

it's never over